Sunday, March 16, 05:30 PM MYT +0800 Malaysia Airlines MH370 Flight Incident - MH370 Press Briefing by Hishammuddin Hussein, Minister of Defence and Acting Minister of Transport

I know many of you have submitted questions, and I will try to answer some of those questions in my statement today.
Every day brings new angles, especially as we are refocusing and expanding the search area – and as always, we have a responsibility to release only information that has been corroborated and verified.
We cannot respond to every request immediately, so I ask you to bear with us.
1. Search area
As the Prime Minister said yesterday, the operation has entered a new phase. The search was already a highly complex, multinational effort. It has now become even more difficult.
The search area has been significantly expanded. And the nature of the search has changed. From focusing mainly on shallow seas, we are now looking at large tracts of land, crossing 11 countries, as well as deep and remote oceans.
The number of countries involved in the search and rescue operation has increased from 14 to 25, which brings new challenges of co-ordination and diplomacy to the search effort.
This is a significant recalibration of the search. The search and rescue operation continues to be a multi-national effort, one led and co-ordinated by Malaysia.
In the last 24 hours, the Prime Minister has spoken to the Prime Minister of Bangladesh, the President of Turkmenistan, the President of Kazakhstan and Prime Minister of India.
Yesterday the Foreign Ministry of Malaysia briefed representatives from countries along the northern and southern corridors.
At 2pm today, the Foreign Ministry of Malaysia briefed representatives from 22 countries, including those along the northern and southern search corridors, as well other countries that may be able to help. These include Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia and Australia.
Malaysian officials are requesting support from these countries – as well as others. This support includes general satellite data, radar playback – both primary and secondary – provisions for ground, sea and aerial search, and assets as appropriate.
We are currently discussing with all partners how best to deploy assets along the two search corridors. At this stage, both the northern and southern corridors are being treated with equal importance.
We are asking countries that have satellite assets, including the US, China and France amongst others, to provide further satellite data. And we are contacting additional countries who may be able to contribute specific assets relevant to the search and rescue operation. Surveillance aircraft are required, and maritime vessels are needed, particularly for the southern corridor.
2. Police investigation
As the Prime Minister said yesterday, up until the time the aircraft left military primary radar coverage, its movements were consistent with deliberate action by someone on the plane.
I cannot comment on speculative theories as to what might have caused the deviation from the original flight path, as I do not wish to prejudice the on-going investigation.
I understand the hunger for new details. But we do not want to jump to conclusions. Out of respect to the families, and the process itself, we must wait for the investigation to run its course.
The Malaysian authorities are refocusing their investigation on all crew and passengers on board MH370, as well as all ground staff handling the aircraft.
Yesterday, officers from the Royal Malaysia Police visited the home of the pilot. They spoke to  family members of the pilot and experts are examining the pilot’s flight simulator. The police also visited the home of the co-pilot. According to Malaysia Airlines, the pilot and co-pilot did not ask to fly together on MH370.
I would like to stress that Malaysia has been working with international law enforcement agencies since day one.
3. Aircraft maintenance
Malaysia Airlines has confirmed that the aircraft was subjected to the required maintenance program: the Boeing Maintenance Planning Document. Checks are done according to this program. The aircraft had been fully serviced and was fit to fly.
4. New involvement
The Inmarsat team arrived yesterday and will support the investigations team, which includes the Malaysian authorities, and the UK and US teams.
5. Concluding remarks
I would like to conclude by reiterating that the search for MH370 has entered a new phase.
The information released yesterday has provided new leads, and given new direction to the search process.
We will provide more detail on the redeployment of assets when it becomes available. Facts must be corroborated and verified before being released.
When possible, we will keep the media fully briefed, but our priority remains the search and rescue operation. To that end, we have been engaged in diplomatic and investigative efforts over the past 24 hours.




Tol jambatan kedua Pulau Pinang berkuat kuasa esok

KUALA LUMPUR - Kutipan tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berkuat kuasa pada esok setelah laluannya dibuka kepada orang ramai secara percuma sejak 1 Mac lalu.
Jambatan kedua Pulau Pinang itu menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataaan semalam berkata, kutipan tol di jambatan itu dilaksanakan secara sistem tol terbuka dengan menempatkan dua buah plaza tol.
"Plaza Tol Bandar Cassia untuk pengguna yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pula bagi pengguna dari Persimpangan Bertingkat Batu Kawan," katanya kata kenyataan itu.





Kapal kesan kotak hitam sertai misi cari MH370






PERTH - Sebuah kapal perang Australia yang dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam menyertai misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di Lautan Hindi.
Penghantaran kapal tersebut dibuat semalam iaitu sehari selepas beberapa kapal lagi mengambil beberapa objek di Lautan Hindi bagi mengenal pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu.
Bagaimanapun, tiada satu pun objek mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 tersebut menyebabkan pasukan mencari masih belum mengetahui lokasi sebenar kapal terbang itu terhempas selepas lebih tiga minggu hilang.
Seramai 29 ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan tiba di Kuala Lumpur, Malaysia semalam bagi mencari jawapan berhubung kehilangan saudara-mara mereka.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing dan membawa seramai 239 penumpang itu hilang pada 8 Mac lalu.
Seramai 153 penumpang pesawat jenis Boeing 777-200 tersebut adalah warga China.
Kotak hitam yang perlu dicari itu mengandungi maklumat penerbangan dan rakaman perbualan di kokpit. Kapal Ocean Shield milik Australia itu dijadualkan sampai dilokasi carian yang seluas hampir menyamai keluasan Poland dalam tempoh empat hari.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaras misi mencari itu berkata, kapal Ocean Shield dilengkapi dengan sebuah alat pengesap kotak hitam yang dikenali sebagai towed pinger locator.
Selain alat pengesan yang dipinjam dari tentera Amerika Syarikat itu, kapal berkenaan turut membawa sebuah kapal selam kawalan jauh.
Seorang jurucakap AMSA berkata, kapal dari China dan Australia telah mengambil beberapa objek di kawasan carian tetapi mendapati ia hanya sampah.






Man. City tetap yakin



LONDON - Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini yakin skuad kendaliannya masih mampu mendakap trofi Liga Perdana England musim ini meskipun sekadar seri 1-1 dengan Arsenal di Stadium Emirates awal pagi semalam.
Keputusan itu menyaksikan The Citizens gagal memintas kedudukan selaku peneraju liga meskipun Chelsea tumpas mengejut 0-1 kepada Crystal Palace kelmarin.
Meskipun mendahului menerusi jaringan David Silva seawal minit ke-18, skuad pelawat gagal membawa pulang tiga mata berharga hasil jaringan penyamaan Mathieu Flamini pada minit ke-53.
"Keputusan seri ini sudah memadai kerana kami berjaya mengutip empat mata di tempat lawan minggu ini sebaik menewaskan Manchester United sebelum ini.
"Sudah tentu saya lebih gembira jika kami berjaya mengatasi Arsenal dan berpeluang melakukannya terutama apabila menguasai saingan pada babak pertama.
"Namun, kami gagal memanfaatkan peluang menambah jaringan selain Arsenal berjaya bangkit pada babak kedua," kata Pellegrini.
Selain itu, beliau juga percaya Arsenal masih berpeluang memburu trofi musim ini biarpun dibelenggu prestasi hambar sebaik dibelasah Chelsea 0-6 dan sekadar seri 2-2 dengan Swansea sebelum ini.
"Sudah tentu Arsenal masih memiliki peluang. Secara matematik, pasukan yang menang akan mengutip tiga mata.
"Arsenal hanya ketinggalan empat mata di belakang Chelsea, jadi siapa kata cabaran mereka sudah berakhir," kata Pellegrini.
Pengurus The Gunners, Arsene Wenger juga percaya anak-anak buahnya masih berpeluang untuk menamatkan kemarau trofi musim ini.
"Kami akan berjuang sehingga penghujung musim.
"Arsenal sebuah pasukan yang berkualiti dan memiliki pemain yang cukup komited.
"Jadi, segala-galanya belum berakhir buat kami," kata Wenger. - AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz2xXQ5CeVT 
Hakcipta terpelihara 




Jururawat mahu saman hospital kerana cuai

HUTAN MELINTANG - PERAK. Seorang jururawat bercadang memfailkan saman terhadap sebuah hospital yang didakwanya melakukan satu prosedur rawatan tanpa mendapatkan persetujuan ahli keluarganya hingga dia terpaksa melakukan pembedahan kali kedua dalam tempoh 48 jam selepas melahirkan bayinya.

Dalam kejadian Februari lalu, Noralisa Mohd Malid, 29, mendakwa, tiub fallopio sebelah kirinya diikat oleh doktor pakar yang menjalankan pembedahan caesarean ke atasnya ketika dia melahirkan anak ketiganya di hospital itu.
Difahamkan, tindakan itu dibuat kerana terdapat lekatan pada dinding pelviknya berikutan saluran tiub mangsa cedera ketika pembedahan dilakukan.

Noralisa berkata, dia hanya mengetahui  keadaannya sehari selepas pembedahan apabila mendapati pembalut luka di abdomennya basah dan berdarah.

“Ketika doktor buat pemeriksaan, saya sempat tanya sama ada berlaku komplikasi semasa pembedahan dijalankan.

“Doktor itu kata, mereka telah mengikat tiub fallopio sebelah kiri saya kerana ada lekatan pada dinding pelvik.

"Doktor cuba untuk menanggalkannya namun secara tidak sengaja saluran tiub itu tercedera dan menyebabkan pendarahan tidak berhenti hingga mereka terpaksa ikat tiub itu bagi menyelamatkan nyawa saya,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Parit 13, semalam.

Noralisa berkata, apa dikesalkannya ialah doktor yang memberitahu perkara itu kepadanya tidak langsung menunjukkan rasa kesal walhal ia adalah satu perkara besar buat dirinya memandangkan tiub fallopio kirinya kini tidak berfungsi.

Katanya, selepas pembedahan, dia berasakan perutnya semakin sakit dan kain  dipakainya turut ditembusi darah daripada pembalut luka pembedahan.

“Saya terpaksa tunggu agak lama untuk doktor datang buat pemeriksaan dan saya menggigil menahan kesakitan di perut.

“Apabila doktor datang dan periksa luka, dia jerit dan mengatakan usus perut saya terkeluar menerusi luka pembedahan. Saya juga melihatnya," katanya.

Noralisa berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 48 jam oleh doktor pakar lain dan masalah tersebut didakwa berpunca daripada kecuaian doktor yang membedahnya sebelum ini.

Katanya, dia kini trauma dan kesal dengan apa yang terjadi serta telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS